Powered By Blogger

Tuesday, October 16, 2012

Menjadi Diriku :)

Assalamualaikum pembuka bicara :D
Hey readers , apa khabar semuanya ? Semoga dalam keadaan ceria senantiasa . Saya datang cuma untuk berbicara . Sekadar Luahan Rasa Dengan Kata kononnya . Haha xD




Apa khabar readers ? Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya cuma nak post lagu ni je . Suka dengar lagu ni . It's all about yourself .




Hidup kita ni tak seperti bintang di langit atau pelangi yang sentiasa indah .
Hidup kita ada kitaran . Kadang kita di atas , kadang kita di bawah .
Rambut sama hitam , hati lain - lain . Manusia mungkin kelihatan sama tapi pada hakikatnya , kita semua berbeza .



Sering wajahku menunjukkan aku sombong , garang dan yang paling ketara adalah sukar tersenyum :')
Aku hanya insan biasa . Aku tak sempurna . Ketahuilah bahawa aku sudah terbiasa sebegitu rupa . Biarkan orang berkata , kerana aku tetap aku !
Hanya mereka yang mengenali aku akan mengetahui diriku yang sebenar .


Biar apa pun yang terjadi , ingatlah wahai kawan - kawanku dan pembaca yang menatap isi hatiku ini :-
Kita perlu sentiasa menjadi diri sendiri !
Terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kita .
Ketahuilah bawah setiap orang itu ada kekurangannya dan kelebihannya . Dan kekurangan serta kelebihan yang ada pada diri kita itulah yang membuatkan diri kita itu unik :D

Kepada kawan - kawan mahupun sesiapa sahaja yang mengenali diri ini ,
Terimalah aku seperti apa adanya . Aku hanya insan biasa dan aku pun tak sempurna .
Tuhan menjadikan setiap orang itu berbeza - beza agar kita mampu saling melengkapi di dunia yang fana ini .
Terima kasih kepada orang - orang yang sentiasa menerima aku apa adanya dan sentiasa sabar dengan kerenah aku . Walaupun aku tahu , kadang - kadang kerenah aku ni tak kena dengan umur aku yang dah mencecah 16 tahun ni .


Dan seperkara lagi , kita kenalah bangga dengan apa jua perkara yang kita ada . Tidak kiralah apa orang berkata , kita kena bangga ! Bangga !
Setiap waktu ku nikmati , anugerah hidup yang ku miliki .
Setiap saat , setiap minit , setiap jam mahupun setiap hari yang berlalu dalam hidup kita ni , kita harus ingat bahawa semua itu adalah nikmat yang dikurniakan . Hargailah semua anugerah itu . Jangan persiakan kerana kelak engkau jua yang akan menyesal ..


Hati kita ibarat awan yang terkumpul di langit . Kadang cerah , kadang gelap . Kadang ringan dan kadang pula berat . Tapi bila hati menjadi berat , ia akan menjadi hitam . Dan setelah hujan datang (menangis) atau dalam erti kata lain meluahkan apa yang terbuku , pasti hati kita akan menjadi putih suci ibarat awan yang baru terkumpul di langit biru :)
Jadi , jangan takut untuk menangis jika ia mampu meredakan hati kita !

Sekian sahaja luahan kata dari saya . Saya tinggalkan rakan - rakan dan para pembaca yang lain dengan lagu Menjadi Diriku dari kumpulan EdCoustic . Harap semua terhibur dan selamilah maksud di sebalik lagu itu :')
Assalamualaikum dan Selamat Malam !


No comments:

Post a Comment